BUKU RUJUKAN HAJI & UMRAH

ANTARA BUKU-BUKU RUJUKAN HAJI & UMRAH

INFO BUKU:

Buku “Mudahnya Umrah dengan Kaedah SALAK” ini memperincikan tindakan atau aktiviti yang perlu dilakukan oleh jemaah umrah dengan merujuk kepada tiga lokasi. Lokasi pertama, iaitu ketika jemaah umrah berada di tanah air. Lokasi kedua pula, ketika berada di Madinah dan lokasi ketiga ketika jemaah umrah berada di Mekah. Perjalanan jemaah umrah telah disusun secara sistematik dan mengikut kronologi ibadah umrah dan ziarah di ketiga-tiga lokasi.

Semoga penghasilan buku ini dapat memberi manfaat dan maklumat ke arah kebaikan bagi semua pembaca, khususnya kepada para tetamu Allah (Dhuyufur Rahman). Ilmu yang sedikit ini dikongsikan untuk tatapan para pembaca bagi mempermudahkan pemahaman manasik umrah. Semoga hasil penulisan ini dikira sebagai amal kebajikan di sisi Allah S.W.T.

7 Strategi dibongkar untuk capai umrah seawal 3 bulan dan haji seawal 3 tahun. Impian ke Tanah Suci bukan sekadar mimpi, tapi anda pasti mampu merealisasikan mimpi itu.

Buku ini banyak menceritakan tentang hal-hal berkaitan fadilat yang akan diperolehi apabila melaksanaka haji dan umrah. Antaranya adalah:

– Dorongan untuk menunaikan haji

– Amaran kerana tidak menunaikan haji

– Menanggung kesusahan ketika safar haji

– Hakikat haji

– Adab-adab haji

– Adab-adab Kota Makkah dan kelebihannya

– Umrah

– Menziarah makam Rasulullah SAW dan Masjid Nabawi

– Adab-adab ziarah

– Adab-adab Madinah dan kelebihan-kelebihannya

-Kisah perjalanan haji Rasulullah SAW secara terperinci dan kisah ringkas mengenai haji para ahlullah.

Dewasa ini, kita sering mendengar tentang isu Wahabi apabila bercerita tentang aliran-aliran di Malaysia. Persoalannya, adakah benar dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Wahabi itu sesat dan penuh dengan unsur negatif yang boleh menyesatkan akidah umat Islam? Betulkah aliran yang berasal dari Arab Saudi ini dengan mudahnya mengkafirkan dan melabelkan aliran lain sebagai sesat lagi menyesatkan? Wajarkah fahaman Wahabi ini dibendung dan dibanteras dengan segera? Satu lagi karya “berani” Dr. Mohammad Nidzam dalam mengutarakan isu ini secara tuntas bagi menjelaskan kedudukan aliran penuh kontroversi ini. Bacalah dengan minda dan hati yang terbuka dengan niat untuk mendalami ilmu dan pengetahuan. Semoga dapat mencerahkan apa yang kabur dan menjernihkan segala yang keruh berkenaan aliran ini dan aliran-aliran Islam yang lain.

Buku ini tidak banyak menyentuh persoalan tentang hukum-hakam haji atau umrah. Ia lebih berfokus kepada persoalan falsafah pelaksanaan, membongkar rahsia dan hikmah di sebalik kelakuan dan pekerjaan ibadah haji atau umrah, untuk menjadi sebagai bahan tarbiyyah dan ejen perubahan diri.

Buku ini juga akan menyingkap hal-ehwal perjalanan hati, pentingnya rasa kehambaan, rasa khusyuk, nilai, kualiti, akhlak dan juga menjelaskan perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai haji atau umrah.

Latar belakang sejarah dan kisah yang menghiasi di sepanjang perjalanan akan dijadikan sebagai contoh kehidupan. Mehnah an ujian akan dilihat sebagai kasih sayang Allah SWT. Peristiwa dan cabaran akan diproses sebagai mendidik diri. Penekanan juga diberikan untuk memperhalusi amalan, agar tepat dalam membuat pertimbangan dalam mencari keutamaan.

Kesemua itu tidak ada tujuan yang lain kecuali mengharapkan haji mabrur iaitu haji yang diterima Allah SWT serta dapat memberikan kesan dalam kehidupan sebenarnya.

Buku ini layak dijadikan buku pendua disamping buku dan kitab panduan haji atau umrah yang tersedia ada.

Berkaitan kelebihan dan sejarah yang terdapat di Makkah Mukarramah yang diterbitkan di bawah Telaga Biru

Berkaitan kelebihan dan sejarah yang terdapat di Madinah Munawwarah yang diterbitkan di bawah Telaga Biru

Perbaruilah janjimu di hadapan Allah dengan mengakui segala keesaanNya. Dekatkan diri selalu kepada Allah ketika di Muzdalifah. Sembelihlah tengkuk hawa nafsu dan kerakusan ketika engkau menyembelih haiwan korban. Lemparkanlah syahwat, kerendahan, kekejian dan segala perbuatan tercela ketika melempar Jumrah (Jamarat). Cukurlah aib-aib lahir (kotoran) dan batinmu (dosa) ketika mencukur rambut.

Tinggalkan kebiasaanmu yang selalu menurut kehendak (keinginan nafsu) mu, dan masuklah kepada perlidungan ke Masjidil Haram. Berputarlah di sekitar Baitullah dengan sungguh-sungguh mengagungkan Pemiliknya dan menyedari kebesaran dan kekuasaanNya.

Beriltizamlah kepada Allah dengan penuh keredaan atas setiap ketentuan Allah dan rendahkan diri engkau di hadapan KebesaranNya. Tinggalkanlah apa saja selain Allah dalam hatimu ketika engkau melaksanakan tawaf perpisahan. Sucikan batinmu untuk menemui Dia (Allah) pada hari pertemuan dengan Dia, ketika kau berdiri di Safa. Tempatkan dirimu pada pengawasan Allah dengan membersihkan seluruh perilakumu di Marwah. Maka, lakukanlah dengan niat yang betul lurus dan sempurna, agar hajimu tidak menjadi sia-sia.

Buku ini disusun oleh Al Ustaz Datuk Haji Kamal Haji Muhamad, mantan Pengurus Besar di Tabung Haji. Beliau terlbat dengan pelbagai program semasa bertugas di Tabung Haji termasuk program bimbingan haji di Tanah Air dan di Tanah Suci. Pernah dilantik sebagai Penolong Setiausaha JAKIM(1985-1988). Pengalaman beliau yang begitu meluas khususnya dalam bidang Ilmu dan Haji kini dapat dimanfaatkan melalui buku ini. 

Buku ini meliputi semua bidang ilmu asas bagi pelaksanaan ibadat Haji. Kandungannya juga meliputi semua tajuk dan kandungan dalam Modul Kursus Asas Haji yang ditetapkan oleh Tabung Haji.

Penerangan berkaitan Pelaksanaan Ibadat Haji termasuk umrah disokong oleh rajah-rajah, carta-carta, gambar-gambar dan jadual-jadual yang berkaitan.

Disusun dalam 18 siri asas dan empat siri tambahan dengan ciri-ciri:

– Memenuhi keperluan pembelajaran kaedah pedagogi

– Susunan tajuk-tajuk mengikut kronologi perjalanan jemaah haji

– Penerangan setiap tajuk adalah terperinci

– Menggunakan pendekatan penerangan know what dahulu, kemudiannya know how

– Mudah difahami

Setiap siri yang berkaitan dengan perlaksanaan rukun serta wajib haji, diadakan Q&A untuk meningkatkan kefahaman. Kupasan falsafah haji lebih meluas dan mendalam dengan berasaskan setiap rukun serta wajib haji dan umrah.

JOM SINGGAH KEDAI KAMI..

Shopee emutawwif_mall merupakan kedai menjual barangan dan produk yang berkaitan Haji dan Umrah. Terdapat dua jenis perniagaan yang kami jalankan iaitu Produk dan Servis Pembelajaran secara ONLINE 😀
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat :
9.00 a.m - 6.00 p.m
Rehat (Isnin - Khamis) :
1.00 - 2.00 p.m
Rehat Jumaat :
12.30 - 2.30 p.m
Sabtu -Ahad :

TUTUP

NO. 9A & 9B, Wisma AMTC, Jalan Saga Emas 8A, Taman Saga Emas,43000 Kajang,Selangor.