
KEPAKARAN AMTC ADALAH MEMBANTU MEREALISASIKAN IMPIAN SEMUA UMAT ISLAM UNTUK MENJADI TETAMU ALLAH SETIAP TAHUN SERTA MENUNAIKAN FARDHU HAJI DI USIA MUDA

PROJEK KEUSAHAWANAN DALAM INDUSTRI UMRAH HAJI BERSAMA MUTAWWIF MERUPAKAN SALAH SATU PLATFORM UNTUK KAMI MENYERU LAGI SERAMAI MUNGKIN UMAT ISLAM UNTUK BERTANDANG KE TANAH SUCI. RAMAI YANG BERMINAT UNTUK MENGETAHUI SELOKBELOK DALAM INDUSTRI MALAH ADA YANGHENDAK MENJADIKANNYA SEBAGAI KARIER SEPANJANG HAJAT TAPI TIDAK MEMPUNYAI MODAL YANG CUKUP? TIDAK TAHU CARA NAK MULA?PERLUKAN "LIFETIME SUPPORT?" KAMI DI AMTC SEDIA MEMBANTU!
Kepada semua bakal Mutawwif & Mutawwifah serta Tetamu Allah
VISI
Menjadi Peneraju Platform Usahawan & Latihan Mutawwif No. 1 Malaysia.
MISI
Menyediakan platform latihan bagi melahirkan tetamu Allah yang berilmu, Mutawwif yang bertauliah serta usahawan yang profesional dalam industri Umrah & Haji.
OBJEKTIF
1. Merangka dan menyelaras modul latihan yang lengkap, berimpak tinggi & bersistematik.
2. Berkolaborasi dengan tenaga pakar dalam industri Umrah & Haji di IPTA, IPTIS serta agensi Kerajaan & Badan Korporat.
3. Membangun sistem perniagaan yang mudah & efektif bagi semua lapisan masyarakat.
TENTANG AMTC
MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY ACADEMY SDN. BHD. atau lebih dikenali sebagai AMTC merupakan sebuah platform penyediaan latihan khususnya dalam bidang Haji & Umrah yang telah bertapak sejak tahun 2011 dalam menyediakan latihan bermodul lengkap ibadah Haji dan Umrah kepada Mutawwif di seluruh pelusuk Malaysia.
Pihak AMTC menyediakan latihan yang mempunyai perincian mengikut skop tertentu seperti : Asas Mutawwif, Pengurusan Haji & Umrah, Pengurusan Usahawan & Kerjaya, Motivasi Umrah & Haji, Kefahaman teori & amali perlaksanaaan Haji & Umrah. Slot latihan yang disediakan pihak AMTC akan dikelolai oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang Haji & Umrah. Perlaksanaan modul pembelajaran yang digunakan adalah sistematik dan mengikut panduan semasa dalam industri Haji & Umrah bagi memastikan pengisian yang diperolehi oleh peserta seiring dengan pengetahuan yang diselaraskan mengikut keperluan industri Haji & Umrah.
Pihak AMTC juga telah melahirkan lebih 5000 orang graduan Mutawwif yang telah mengikut program pensijilan secara Intensif. Mutawwif yang dihasilkan oleh pihak AMTC sebelum ini telah mendapat banyak tawaran sebagai Mutawwif daripada agensi pelancongan secara sepenuh masa mahupun sambilan. Selain itu, Mutawwif AMTC lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu dalam bidang Haji & Umrah kepada masyarakat.



MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY ACADEMY SDN. BHD. atau lebih dikenali sebagai AMTC merupakan sebuah platform penyediaan latihan khususnya dalam bidang Haji & Umrah yang telah bertapak sejak tahun 2011 dalam menyediakan latihan bermodul lengkap ibadah Haji dan Umrah kepada Mutawwif di seluruh pelusuk Malaysia.
PENERAJU UTAMA
BOARD OF DIRECTORS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNS
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( 1964 ) sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan negeri Selangor.
Penubuhannya bertujuan untuk mengisi kemerdekaan negara menerusi pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berpandukan kepada dasar-dasar kerajaan agar dapat mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di negeri Selangor.
Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan pusat pertumbuhan baru, penerokaan kawasan kediaman yang vibran dan lestari, pembangunan pusat-pusat perindustrian, perniagaan dan pelbagai aktiviti pelaburan.

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
PENASIHAT
DATO' HJ ZAIN BIN ZAKARIA
Berpengalaman luas dalam bidang pemasaran selama lebih 20 tahun serta merupakan pengasas Permai Lifestyle Consultant yang memberi latihan dalam bidang kesihatan & rawatan kecemasan. Beliau juga merupakan aktivis masyarakat dan pemimpin organisasi sebuah syarikat multinasional. Beliau banyak terlibat dengan pelbagai syarikat pelancongan umrah dan haji sebagai ketua rombongan dengan pengalaman selama lebih 20 tahun.
DTDP, PPS, PPA, PJM

CEO & FOUNDER
US.HJ ABDULLAH A.R.S
Mendapat pendidikan agama di Maahad Al-Ahmadi Al-Islami Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang. Kemudian beliau menyambung pelajaran di universiti yang sama dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang Syariah dan telah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pada tahun 2008. Beliau merupakan seorang yang komited dan berwawasan tinggi. Pernah menyandang jawatan sebagai penasihat undang-undang di sebuah jabatan kerajaan sebelum melepaskan jawatan tersebut untuk terjun ke bidang perniagaan. Berpengalaman lebih 10 tahun di dalam industri takaful, badal haji dan wasiat Islam. Beliau banyak mengikuti program-program keusahawanan dan pemasaran strategik. Beliau adalah “graduan” klinik keusahawanan Dr. Azizan Osman serta merupakan Certified Spiritual-NLP Practicional (NFNLP, USA) dan Professional Learning Facilitator (PLF). Kini beliau merupakan Pengarah Urusan di AMTC Group of Companies.
• LLB (HONS) IIUM, LLB (HONS) SYARIAH IIUM
• Certified Spiritual NLP Practioner (NFNLP-USA)
• Train The Trainer Certification, University of Life
• Professional Learning Facilitator (PLF)
• Alumni Public Speaking Mastery (PSM)

PENGARAH PENTADBIRAN
PN. HJH. MASRIYAH BT MAT JUSA
Mendapat pendidikan agama di Maahad Al-Ahmadi Al-Islami Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka. Seterusnya melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dalam jurusan Dakwah & Pembangunan Sumber Manusia. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kebajikan dan hal-hal kemasyarakatan di sektor kerajaan.

SAHABAT E-MUTAWWIF - SELURUH MALAYSIA

APA KATA ALUMNI?
Hjh Rohaya
Balakong
Surirumah

Alhamdulillah, saya telah bersama-sama dengan AMTC sejak 2011 lagi, dulunya saya boleh dikatkan ZERO dalam bidang agama, tapi berkat usaha saya bersama dengan AMTC kini saya boleh katakan HERO. Tahun ini, 2019 merupakan Umrah saya yang ke-9, dan sekali lagi bertugas sebagai petugas atau mutawwifah bagi membantu jemaah Muslimat sewaktu berada di Tanah Suci. Terima Kasih AMTC.
Hj Mustapha Abdullah
Kg Baru
Pesara Guru

AMTC banyak membantu saya selama 4 ke 5 tahun ini, pada mulanya saya hanya peserta program pakej latihan basic sahaja, tapi saya tahu ianya belum cukup dengan keperluan saya untuk menjadi mutawwif profesional, Alhamdulillah saya membuat keputusan untuk membuat "invest" simpanan saya bagi menuntut ilmu sehingga ke pakej latihan Al Haram (Mastery Programe) Terima Kasih AMTC
En Azwan
Seremban
Pesara Polis

Tahniah kepada AMTC, kerana berjaya menghasilkan sebuah seminar yang sangat bagus, yang membuka minda kepada orang ramai akan kepentingan ibadah Umrah dan Haji. Saya bukanlah "Ustad" tapi yang penting bila nak "Start" impian untuk ke Tanah Suci setiap tahun kini mampu untuk direalisasikan dengan kuasa "TINDAKAN" kita pasti dan mampu realisasikan impian kita, InsyaAllah. AMTC Terbaik!
BULETIN TV & RADIO
PRODUK & PERKHIDMATAN

RAKAN USAHASAMA

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat :
9.00 a.m - 6.00 p.m
Rehat (Isnin - Khamis) :
1.00 - 2.00 p.m
Rehat Jumaat :
12.30 - 2.30 p.m
Sabtu -Ahad :
TUTUP
NO. 9A & 9B, Wisma AMTC, Jalan Saga Emas 8A, Taman Saga Emas,43000 Kajang,Selangor.