1-3, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra +6011-5584 1700 Waktu buka: 09:00 - 18:00 Isnin - Jumaat

Tentang AMTC

MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY ACADEMY SDN. BHD.

MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY ACADEMY SDN. BHD. atau lebih dikenali sebagai AMTC merupakan sebuah platform penyediaan latihan khususnya dalam bidang Haji & Umrah yang telah bertapak sejak tahun 2011 dalam menyediakan latihan bermodul lengkap ibadah Haji dan Umrah kepada Mutawwif di seluruh pelusuk Malaysia.
Pihak AMTC menyediakan latihan yang mempunyai perincian mengikut skop tertentu seperti : Asas Mutawwif, Pengurusan Haji & Umrah, Pengurusan Usahawan & Kerjaya, Motivasi Umrah & Haji, Kefahaman teori & amali perlaksanaaan Haji & Umrah. Slot latihan yang disediakan pihak AMTC akan dikelolai oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang Haji & Umrah. Perlaksanaan modul pembelajaran yang digunakan adalah sistematik dan mengikut panduan semasa dalam industri Haji & Umrah bagi memastikan pengisian yang diperolehi oleh peserta seiring dengan pengetahuan yang diselaraskan mengikut keperluan industri Haji & Umrah.
Pihak AMTC juga telah melahirkan lebih 5000 orang graduan Mutawwif yang telah mengikut program pensijilan secara Intensif. Mutawwif yang dihasilkan oleh pihak AMTC sebelum ini telah mendapat banyak tawaran sebagai Mutawwif daripada agensi pelancongan secara sepenuh masa mahupun sambilan. Selain itu, Mutawwif AMTC lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu dalam bidang Haji & Umrah kepada masyarakat.

Program & Kursus

5

+

Tenaga Pengajar

15

+

Pelajar Berdaftar

10000

+

Kadar Kepuasan

20000

+

Waktu operasi

Isnin – Jumaat: 9:00AM – 6:00PM

Rehat (Isnin – Khamis): 1:00PM – 2:00PM

Rehat (Jumaat): 12:30PM – 2:30PM

Sabtu – Ahad: TUTUP

© Hak Milik Akademi Mutawwif 2024