1-3, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra +6011-5584 1700 Waktu buka: 09:00 - 18:00 Isnin - Jumaat

Team AMTC

Barisan Pengurusan Utama

CEO & FOUNDER

US.HJ ABDULLAH A.R.S

Mendapat pendidikan agama di Maahad Al-Ahmadi Al-Islami Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang. Kemudian beliau menyambung pelajaran di universiti yang sama dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang Syariah dan telah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pada tahun 2008. Beliau merupakan seorang yang komited dan berwawasan tinggi. Pernah menyandang jawatan sebagai penasihat undang-undang di sebuah jabatan kerajaan sebelum melepaskan jawatan tersebut untuk terjun ke bidang perniagaan. Berpengalaman lebih 10 tahun di dalam industri takaful, badal haji dan wasiat Islam. Beliau banyak mengikuti program-program keusahawanan dan pemasaran strategik. Beliau adalah “graduan” klinik keusahawanan Dr. Azizan Osman serta merupakan Certified Spiritual-NLP Practicional (NFNLP, USA) dan Professional Learning Facilitator (PLF). Kini beliau merupakan Pengarah Urusan di AMTC Group of Companies.
• LLB (HONS) IIUM, LLB (HONS) SYARIAH IIUM
• Certified Spiritual NLP Practioner (NFNLP-USA)
• Train The Trainer Certification, University of Life
• Professional Learning Facilitator (PLF)
• Alumni Public Speaking Mastery (PSM)
PENGARAH PENTADBIRAN

PN. HJH. MASRIYAH BT MAT JUSA  

Mendapat pendidikan agama di Maahad Al-Ahmadi Al-Islami Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka. Seterusnya melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dalam jurusan Dakwah & Pengurusan Sumber Manusia.

Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kebajikan dan hal-hal kemasyarakatan dalam sektor kerajaan.

PENGARAH AKADEMIK

DR. YUSOFF JAAFAR  

Pengarah Akademik kami yang dihormati dengan set kemahiran yang pelbagai dan pengalaman yang luas merentasi pelbagai sektor perniagaan. Portfolio profesional Dr. Yusof termasuk menjadi Akauntan, CFO. dan pengarah untuk pelbagai syarikat dalam Perkhidmatan Kewangan, aplikasi teknologi multimedia, latihan dan perkhidmatan pendidikan. Dengan pengalaman hampir 28 tahun, beliau pakar dalam pengurusan kewangan, jualan, pemasaran dan latihan pendidikan..

Dedikasi Dr. Yusof terhadap penyelidikan dan pembangunan telah meraih beberapa anugerah dan pengiktirafan, termasuk:
 
• Gold Medal Award – MARS 2012 (Malaysia)
• Silver Medal Award – EINA 2012 (Germany)
• Best Medal Award – MARS 2013 (Malaysia)
• Silver Award – BIS 2013 (London, UK)
• First Place – AIPPEN-UUM 2014 (Malaysia)
• Gold Medal Award – NUCEL 2014 (Malaysia)
• Silver Medal Award – MTE 2021 (International)

Pakar Industri

YM Tengku Aziz B. Raja Abdullah
Penasihat Akademik
Ustaz Datuk Hj. Kamal B. Hj. Muhamad
Penasihat E-Hajj
Ustaz Datuk Md. Daud Che Ngah
Tenaga Pengajar Utama

Barisan Kakitangan

Muhammad Hazwan Bin Dollah Muffat
Eksekutif Latihan dan Konsultansi
Ainlia Binti Hassan
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Zulhilmi Binti Muhammad
Eksekutif IT & Multimedia

Waktu operasi

Isnin – Jumaat: 9:00AM – 6:00PM

Rehat (Isnin – Khamis): 1:00PM – 2:00PM

Rehat (Jumaat): 12:30PM – 2:30PM

Sabtu – Ahad: TUTUP

© Hak Milik Akademi Mutawwif 2024